Alam sekitar, Jaminan dan servis, Resepi – Philips Aluminium Collection Centrifugeuse Manuel d'utilisation
Page 34: Koktel tenaga

Pembersihan
Jangan sekali-kali gunakan pad penyental, agen pembersih yang melelas atau cecair yang agresif
seperti alkohol, petrol atau aseton untuk membersihkan perkakas.
Perkakas lebih mudah dibersihkan sekiranya anda membersihkannya dengan segera selepas
digunakan.
1
Matikan perkakas. Cabutkan plag dari soket dinding dan tunggu sehingga penuras berhenti
berputar.
2
Tanggalkan bahagian yang kotor dari unit motor. Bukakan perkakas mengikut tertib yang
berikut:
- Keluarkan bekas pulpa;
- Keluarkan penolak;
- Bukakan pengapit;
- Alihkan tudungnya
3
Tanggalkan pengumpul jus bersama-sama turas (Gamb. 11).
4
Bersihkan semua bahagian kecuali unit motor dengan berus pembersih menggunakan air yang
suam dengan sedikit cecair pencuci dan bilas di bawah air paip (Gamb. 12).
Nota: Semua bahagian yang boleh tanggal adalah selamat mesin pencuci pinggan mangkuk. Letakkan
bahagian boleh tanggal yang plastik pada dulang atas dalam mesin pencuci pinggan mangkuk. Pastikan
ia diletakkan jauh daripada elemen pemanasan.
5
Bersihkan unit motor dengan kain lembap.
Jangan rendam unit motor di dalam air atau membilasnya di bawah pili air.
alam sekitar
- Jangan buang perkakas ke dalam tong sampah rumah apabila sampai akhir hayatnya, tetapi
bawanya ke pusat pungutan rasmi untuk dikitar semula. Dengan melakukan
sedemikian anda akan membantu memelihara alam sekitar (Gamb. 13).
Jaminan dan servis
Jika anda memerlukan maklumat atau menghadapi masalah, sila kunjungi laman web Philips di
www.philips.com atau hubungi Pusat Layanan Pelanggan Philips di negara anda (anda boleh
mendapatkan nombor telefonnya di dalam risalah jaminan sedunia). Jika tiada Pusat Layanan
Pelanggan di negara anda, hubungi wakil pengedar Philips tempatan atau hubungi Jabatan Servis
Perkakas Domestik dan Penjagaan Diri BV Philips.
Resepi
Koktel tenaga
- 2 cawan lobak merah, dipotong kecil
- 1/2 cawan timun
- 12 helai bayam
- 1 biji limau nipis, dikupas
- 1 cawan saderi, dipotong kecil
- 1 biji epal
- 1 biji tomato
- 2 sudu besar madu
BaHasa MElayu
34