Menyambungkan alat tambahan, Menggunakan perkakas – Philips Brosse multi-styles Manuel d'utilisation
Page 43

Menyambungkan alat tambahan
1
Untuk menyambungkan alat tambahan, masukkannya ke dalam
pemegang. Pastikan penyokongnya menghala ke bawah (Gamb. ).
Putarkan gelang kunci pada pemegang ke kiri sehingga anak panah
tebal pada gelang kunci sejajar dengan anak panah pada pemegang.
Alat tambahan kini sudah terpasang rapi pada pemegang (Gamb. ).
Ikuti prosedur ini bagi semua alat sambung. Untuk menanggalkan alat
sambung, putarkan gelang kunci ke kanan dan cabutkan alat sambung
daripada tangkai.
Cabutkan plag perkakas apabila anda menanggalkan alat tambahan
selepas atau semasa mendandan. Elakkan daripada menyentuh bahagian
logam dan seramik alat tambahan, kerana bahagian-bahagian ini panas.
Menggunakan perkakas
Dengan pendandan serba guna Girl Glam, anda boleh menggayakan
keriting besar, gelung jurai, ketak, ikal segi tiga dan wajah rambut lurus yang
licin berkilat.
1
Sambungkan alat tambahan yang diingini pada pemegang (lihat bab
‘Menyediakan untuk penggunaan’).
Letakkan perkakas pada penyokong alat tambahan dan masukkan
plag utama ke dalam soket dinding.
Lampu penghidup kuasa menyala dan perkakas mula
memanas. (Gamb. )
Mula mendandan apabila titik sedia pada alat tambahan berubah
warna (Gamb. 5).
Apabila menggunakan salah satu alat tambahan pengeriting, pastikan
hujung gelung rambut sentiasa dililitkan mengikut arah yang
dikehendaki.
5
Jangka masa anda perlu membiarkan alat pendandan pada rambut
bergantung pada ketebalan rambut. Bagi rambut halus, 5 saat
mencukupi untuk mendapatkan hasil yang baik. Biarkan alat
,
BaHasa MElayu